| ||||||||
| ||||||||
ANNUSYRAH

KAEDAH RAWATAN PINGGAN PUTIH
@ ANNUSYRAH
Ikhtiar penyembohan penyakit dan masalah hidup menerusi
AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN
Produk-produk keluaran Annusyrah Malaysia Sdn. Bhd
Kaedah rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW kerana rawatan itu yang juga dikenali sebagai Annusyrah popular di semenanjung Tanah Arab. Rawatan Annusyrah atau dikenali juga sebagai rawatan kaedah pinggan putih adalah perubatan dengan menulis ayat-ayat suci Al-Quran pada pinggan putih atau kertas atau di tapak tangan. Ayat itu ditulis menggunakan dakwat khas iaitu Zaffaran, bahan yang diambil daripada stigma bunga Za’faran. Penggunaan dakwat Za’faran dalam penulisan Annusyrah ini ada tercatat dalam kitab “Atibbun Nabawi” oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyyah di dalam bab “Selusoh bersalin atau ikhtiar memudahkan para ibu waktu melahirkan anak”,

Pokok Saffron atau Za’faran atau dikenali juga sebagai Kuma-Kuma dalam bahasa Melayunya hidup subur di Iran. Satu hektar tanaman pokok Za’faran hanya boleh mengeluarkan tujuh kilogram bahan Za’faran menjadikan harganya menyamai harga emas yang paling baik. Ianya juga dikenali sebagai emas padang pasir kerana harganya yang mahal. Antara lain kelebihan Za’faran ini ialah ia merupakan bunga paling wangi serta herba paling banyak khasiatnya di dunia. Kegunaannya yang lain ialah sebagai ramuan untuk bahan kosmetik, untuk masakan dan paling utama untuk kesihatan @ perubatan (sila rujuk internet untuk keterangan lebih lanjut).
Oleh kerana harganya yang tersangat mahal maka produk-produk berasaskan Za’faran ini merupakan produk istimewa kelas atasan seperti raja-raja dan kaum bangsawan sahaja. Mungkin disebabkan itulah maka tidak ada usahawan yang berani mengenengahkannya kepada masyarakat.

Keterangan Gambar : Tuan Haji Abdullah Mohd. Yusof Abu Hassan ( CEO Annusyrah Malaysia Sdn Bhd) menunjukkan salah satu produk keluaran syarikat.
Syarikat Annusyrah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Abdullah Mohd. Yusof Abu Hassan berkata semenjak zaman berzaman para ustaz di kampong-kampong sering menulis ayat-ayat suci Al-Quran pada kertas dan pinggan atau mangkok putih sebelum tulisan Al-Quran itu dilarutkan (disolved) dengan air untuk diminum sebagai ikhtiar untuk syifa’ dan penerang hati anak cucu mereka yang masih belajar. Terdapat juga mereka yang menulisnya di tapak tangan pesakit dan seterusnya ayat-ayat berkenaan dijilat oleh pesakit sebagai satu kaedah dalam rawatan Annusyrah.
Annusyrah atau kaedah rawatan pinggan putih ini turut juga digunakan untuk rawatan penyakit batin yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan.serta penyakit zahir yang boleh dikesan dan dilihat dengan mata kasar seperti barah, stroke / lumpuh, kencing manis, darah tinggi serta seribu satu macam penyakit lagi. Namun sayangnya kaedah ini dianggap kurang popular kerana masyarakat beranggapan perubatan kaedah ini kurang saintifik kerana tidak dibuat menerusi ujian makmal. Suka diingatkan bahawa rawatan Annusyrah sebenarnya berkaitan dengan iman seseorang iaitu kepercayaan kita kepada Al-Quran dan kuasa Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit. Malah Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran.
Rawatan ini bukan semata-mata untuk orang Muslim tetapi juga mereka yang beragama lain malah untuk semua makhluk Allah seperti tumbuh-tumbuhan serta juga haiwan. Ini kerana rawatan Annusyrah berkaitan penyembohan menerusi keberkatan Ayat-ayat Al-Quran memandangkan Al-Quran itu sendiri adalah Rahmat kepada sekalian alam.

Antara ayat-ayat penyemboh yang digunakan oleh Annusyrah untuk tujuan ini ialah ayat Al-Kursi, Surah Ar Rahman, Surah Al Najmi untuk Penerang Hati atau Surah Yusof, Surah Qaf dan Surah Annur untuk sakit-sakit berkaitan mata, telinga dan hidung atau Surah Yasin untuk semua masalah / penyakit berkaitan zahir dan batin.
Kaedah Annusyrah yang digunakan oleh syarikat ini ialah dengan menulis ayat-ayat penyemboh daripada Al-Quran di atas pinggan putih menggunakan dakwat bunga Za’faran dan juga ranting kayu rosam. Setelah penulisan ayat-ayat dari surah-surah terpilih dilakukan tulisan berkenaan dilarutkan dengan air R.O yang dihasilkan sendiri di kilang Annusyrah. Air berkenaan kemudiannya ditilawahkan semula mengikut banyaknya bilangan surah@ ayat-ayat yang telah ditulis. Sebelum dibotolkan menjadi produk siap sekali lagi air berkenaan ditilawahkan pula dengan Surah Yasin sebanyak 40 kali sebelum dilengkapi dengan doa @ munajat kepada Allah SWT agar Allah SWT memakbulkan hajat atau kehendak setiap orang yang meminum air Annusyrah.

Selain itu dari masa ke semasa kesemua tangki-tangki air produk Annusyrah yang sudah siap sedia untuk dibotolkan ditilawah pula dengan 30 juzuk Al-Quran lengkap dengan doa khatam Al-Quran secara berjemaah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Radzi bin Kamarul Hailan, johan Qari tilawah Al-Quran sebanyak dua kali bagi peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau juga merupakan Imam Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Selepas proses tersebut air berkenaan dibotolkan untuk diedarkan kepada para pengedar yang berdaftar di seluruh Malaysia.
Untuk pengetahuan orangramai kesemua proses penghasilan air ini dilakukan di bawah satu bumbung dengan pemantauan dan pengawasan secara langsung oleh Tuan Haji Abdullah dengan dibantu oleh pegawai-pegawai yang telah dipertanggungjawabkan.
Pada awalnya menurut Tuan Haji Abdullah, beliau hanya menghasilkan air Annusyrah ini bagi tujuan mencari dana menggerakkan aktiviti pembelajaran Bahasa Arab namun tanpa disangka-sangka ianya mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang memang memerlukannya.

Ditanya mengenai khasiat air Annusyrah, Tuan Haji Abdullah menjelaskan bahawa dalam apa sahaja ikhtiar yang kita lakukan yang paling utama ialah doa kepada Allah SWT. Mohonlah, mintalah dengan sesungguh dan sepenuh hati serta yakin Allah mendengar dan akan memakbulkan doa kita sebagai hambanya. Setiap hari perkemaskan doa dan hajat kita kepada Allah SWT sebelum menggunakan (samada meminum, mandi dan lain-lain) air Annusyrah. Fikirkan bahawa kalau orang lain beroleh kesembohan dengan meminum air ini mengapa tidak kita? Fokuskan hanya benda-benda yang baik dan positif dalam minda kita dan sentiasa berbaik sangkalah kita dengan Allah SWT.
Tambah Tuan Haji Abdullah lagi apa yang cuba dihasilkan oleh Annusyrah ialah rangkaian produk yang benar-benar mempunyai kualiti untuk dipersembahkan kepada masyarakat. Oleh yang demikian sikap ragu-ragu @ syak wasangka tidak perlu wujud dalam diri orangramai kerana Annusyrah bukan setakat menghasilkan produk yang berkualiti tetapi sedang berusaha untuk membina jenamanya sendiri. Suatu hari nanti apa sahaja yang dihasilkan oleh Annusyrah atau berjenama ANNUSYRAH berada dalam kelasnya yang tersendiri setanding malah lebih baik daripada produk berjenama luar negara.
Suka diingatkan bahawa rawatan Annusyrah sebenarnya berkaitan dengan iman seseorang iaitu kepercayaan kita kepada Al-Quran dan kuasa Allah SWT untuk menyembohkan penyakit. ”Dan sekiranya aku sakit Dialah yang menyembohkan aku” – surah As Syuara’ ayat 80. Malah Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran.
Kaedah Annusyrah yang digunakan oleh syarikat ini ialah dengan menulis ayat-ayat penyemboh daripada Al-Quran di atas pinggan putih (berdasarkan kajian puluhan tahun) menggunakan dakwat bunga Za’faran dan ranting kayu rosam sebagai penanya. Setelah penulisan ayat-ayat dari surah-surah terpilih dilakukan tulisan berkenaan dilarutkan pula dengan air R.O yang dihasilkan sendiri di kilang Annusyrah. Air berkenaan kemudiannya ditilawahkan semula mengikut banyaknya bilangan surah @ ayat-ayat yang telah ditulis. Sebelum dibotolkan menjadi produk siap, sekali lagi air berkenaan ditilawahkan pula dengan Surah Yasin sebanyak beberapa kali sebelum dilengkapi dengan doa @ munajat kepada Allah SWT agar Allah SWT memakbulkan hajat atau kehendak setiap orang yang meminum air Annusyrah.
Beliau berazam untuk terus menyalurkan air Annusyrah kepada masyarakat agar tercapai hasratnya untuk mentakzimkan Al-Quran seperti yang dicita-citakannya, insyaAllah. Suara-suara sumbang segelintir masyarakat diketepikan kerana ianya sudah dianggap lumrah bagi mereka yang mahu berjuang dijalan Allah. Dalam menangani hal sedemikian beliau tetap berpegang kepada ilmu dan makrifat serta tesis dan kajian dengan tidak meninggalkan muzakarah dan rujukan dengan ahlazzikri seperti Mufti dan sebagainya. Segala-galanya dilakukan demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai Khalifah di mukabumi ini. Semoga apa yang dilakukan ini dikira sebagai amal ibadat. Amin Ya Rabbal alamin.
Antara 5 tujuan utama Tuan Haji Abdullah mengenengahkan kaedah rawatan ini ialah :
- mentakzimkan Al-Quran dari aspek syifa’
- meringankan kos perubatan masyarakat
- menyumbang ke arah penyelesaian masalah hidup
- berusaha ke arah membangunkan kelas-kelas bahasa Arab
- mewujudkan Yayasan Al-Quran, insyaAllah.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah rawatan Annusyrah ataupun berhasrat menjadi pengedar maka bolehlah menghubungi
Annusyrah
019-5741 786.
Kaedah Penggunaan
| |
| |
|
Testimoni Produk
Gatal-gatal kulit |
| Negeri:Kepong,Kuala Lumpur. Anak saudara saya, mengalami sakit gatal-gatal di kulit.Sudah banyak ubat moden dan tradisional telah diiktiarkan tidak juga berhasil.Setelah disapu dengan Minyak Annusyrah (Minyak Habbatussauda),Alhamdulillah gatal-gatal tersebut hilang malah penyakit kulit sudah tiada lagi sehingga sekarang. Arif Asmawi B. Yaacob - 019-3149106 |
| Budak nakal (30 JQ) |
| Negeri:Skudai,Johor. Saya mengajar mengaji seramai 20 orang anak murid.Dikalangan mereka,ada yang mendengar kata, namun ada juga yang nakal.Terfikir di benak apa yang harus saya lakukan supaya anak2 ini mendengar kata dan dapat mengikuti apa yang saya ajari.Lantas saya terfikir mengenai produk Annusyrah yang dijual oleh kawan saya,lalu saya menggunakan produk tersebut (produk 30JQ) dan diberi minum kepada anak murid saya.Keesokkan harinya, Alhamdulillah mereka tidak nakal lagi serta mendengar kata-kata saya. Ust. Hamezah Bin Husin - 019-7502072 |
| Demam Chinkungunnya |
| Negeri:Skudai,Johor. Saya seorang guru di Skudai, Johor. Emak saya kena penyakit demam chikungunnya baru-baru ini (bulan 11/2008). Malamnya saya berikan beliau produk 30JQ dan Angin ahmar (setelah disyorkan oleh kawan saya Ustaz Hamezah. Beliau minum dan mandi air tersebut selama 2 hari. Saya terkejut, selepas itu beliau sudah boleh bangun dan beritahu saya bahawa dia sudah sihat. syukur Alhamdulillah. Ust. Hamezah Bin Husin - 019-7502072 |
| Sakit kepala berterusan (selama 20 tahun). |
| Negeri:Selangor. Masalah sakit kepala yang teramat sangat apabila ianya menyerang. Puas berubat cara moden dan tradisional seeprti bekam, urut. Mac 2008 dengar pasal Annusyrah di radio IKIM – mula berikhtiar dengan Annusyrah. Alhamdulillah penyakit semboh dan mula boleh keluar rumah sejak dari itu. Tuan Hj. Marali Kadri - 05-5330785 |
| Barah Kelenjar Pangkal Rahim | ||
| Negeri:Alor Star,Kedah Doktor di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star sahkan kak terkena barah kelenjar pangkal rahim dan perlu dibedah. Dalam tempoh 10 hari sebelum dibedah kak mengamalkan minum air Annusyrah (Bistari & Zaba). Semasa minum malah hampir setiap masa kak bayangkan 5 biji ketulan yang ada dipangkal rahim kak itu pecah dan hancur. Tiba masanya kak dibedah doktor sahkan tidak ada ketulan. Selepas buat lawatan susulan berkaitan pembedahan tersebut pada 14hb April 2008 doktor sahkan kak sebenarnya tidak mengidap barah – syukur Alhamdulillah. Pada masa yang sama kak juga ada masalah lain iaitu kak mengalami masalah pendarahan. Masalah turun darah ni dah hampir 3 bulan kak alami. Doktor minta maaf tak dapat tolong, suruh kak ikhtiar cari alternatif lain sebab tiada ubat di hospital untuk hentikan pendarahan kak. Namun Alhamdulillah selepas kak mengamalkan minum air Annusyrah pada sebelah pagi, keesokannya masalah pendarahan kak terus hilang. Tiada lagi darah turun. Kini kak giat memberi sokongan moral kepada mereka yang bermasalah serta penyakit kritikal untuk berikhtiar berubat dengan air keberkatan Al-Quran iaitu air Annusyrah. Pn. Sabariah Hj. Hamid - 0
12-4175530 |
| Angin Ahmar |
| Selepas minum produk Annusyrah(Ahmar, Arbee & bistari)saya pengsan lebih kurang 5 minit.Selepas dititiskan I-Drop ke dalam mulut, saya mulai sedar dari pengsan.Tangan saya, mengeletar & mulut mengeluarkan buih.Selepas kejadian itu, saya terus mengamalkan produk ini & memperolehi ketenagan rohani & jasmani.Malah banyak perkara berlaku tanpa diduga. Wan Hussin Awang - Peng.Chepa_kelantan[ |
| Masalah _tikus |
| Hanya menggunakan Zaba direnjis dibahagian dapur rumah iaitu disekitar dinding dapur rumah.Keesokkan paginya, saya tercium bau busuk seperti bangkai.Apabila saya, masuk ke ruangan dapur, saya melihat beberapa tikus telah mati.Saya bersyukur alhamdulillah, sejak hari itu, masalah tikus tidak lagi menghantui fikiran saya sekeluarga.Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah tikus atau mahluk perosak supaya beikhtiar dengan produk Annusyrah, Mudah mudahan masalah kita akan selesai.Insya-Allah Encik Amir Ismail - Miri_Sarawak |
| Gangguan makhluk halus ( hasad dengki ) |
| Alhamdulillah setelah saya menggunakan produk drpd outlet di Kampung Baru,Kuala Lumpur saya terus berikhtiar menggunakan produk Annusyrah.Sebelum ini,sudah banyak tempat pergi berubat namun hasad dengki org terhadap diri saya & keluarga tetap tidak berhenti.Setelah saya mengamalkan minum,merenjis & mandi selama 7 hari berturut-turut dengan penggunaan produk Zaba shj,alhamdulillah fikiran saya mulai tenang,lapang dan cukup tenteram.Kini saya terus mengguanakan produk Annusyrah bukan setakat Zaba tapi juga lain-lain produk seperti I-Drop & 30 JQ. Cik Nor - Lembah Klang_Selango |
| Tekanan_Jiwa |
| Dalam mengamalkan air Annusyrah berbagai-bagai ujian yang menimpa.Demam,sakit sendi,lenguh,lumpuh & tekanan jiwa.Ianya datang secara tiba-tiba dalam masa ang singkat.Selepas sapu & minum selama seminggu saya bermimpi sekumpulan babi mengepung diri saya lalu saya melarikan diri.Malam berikutnya saya bermimpi lagi, sekumpulan anjing pula mengejar & mengepung saya sehingga badan menjadi letih & lesu selepas itu saya terjaga dari mimpi.Selepas semua ini terjadi penyakit dalam diri saya telah beransur baik & pulih seperti biasa. Azizah Binti Abd Rahman - Peng. Chepa_Kelantan |


(5 vote(s)) 





Assalammualaikum . . . Jemput singgah ke rumah baru kami ye . . . Terima Kasih.
BalasPadam