ANNUSYRAH

KAEDAH RAWATAN PINGGAN PUTIH
@ ANNUSYRAH

Ikhtiar penyembohan penyakit dan masalah hidup menerusi
AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN

Produk-produk keluaran Annusyrah Malaysia Sdn. Bhd

Kaedah rawatan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad SAW kerana rawatan itu yang juga dikenali sebagai Annusyrah popular di semenanjung Tanah Arab. Rawatan Annusyrah atau dikenali juga sebagai rawatan kaedah pinggan putih adalah perubatan dengan menulis ayat-ayat suci Al-Quran pada pinggan putih atau kertas atau di tapak tangan. Ayat itu ditulis menggunakan dakwat khas iaitu Zaffaran, bahan yang diambil daripada stigma bunga Za’faran. Penggunaan dakwat Za’faran dalam penulisan Annusyrah ini ada tercatat dalam kitab “Atibbun Nabawi” oleh Ibnu Qayyim Al Jauziyyah di dalam bab “Selusoh bersalin atau ikhtiar memudahkan para ibu waktu melahirkan anak”,

Pokok Saffron atau Za’faran atau dikenali juga sebagai Kuma-Kuma dalam bahasa Melayunya hidup subur di Iran. Satu hektar tanaman pokok Za’faran hanya boleh mengeluarkan tujuh kilogram bahan Za’faran menjadikan harganya menyamai harga emas yang paling baik. Ianya juga dikenali sebagai emas padang pasir kerana harganya yang mahal. Antara lain kelebihan Za’faran ini ialah ia merupakan bunga paling wangi serta herba paling banyak khasiatnya di dunia. Kegunaannya yang lain ialah sebagai ramuan untuk bahan kosmetik, untuk masakan dan paling utama untuk kesihatan @ perubatan (sila rujuk internet untuk keterangan lebih lanjut).

Oleh kerana harganya yang tersangat mahal maka produk-produk berasaskan Za’faran ini merupakan produk istimewa kelas atasan seperti raja-raja dan kaum bangsawan sahaja. Mungkin disebabkan itulah maka tidak ada usahawan yang berani mengenengahkannya kepada masyarakat.

Keterangan Gambar : Tuan Haji Abdullah Mohd. Yusof Abu Hassan ( CEO Annusyrah Malaysia Sdn Bhd) menunjukkan salah satu produk keluaran syarikat.

Syarikat Annusyrah yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Haji Abdullah Mohd. Yusof Abu Hassan berkata semenjak zaman berzaman para ustaz di kampong-kampong sering menulis ayat-ayat suci Al-Quran pada kertas dan pinggan atau mangkok putih sebelum tulisan Al-Quran itu dilarutkan (disolved) dengan air untuk diminum sebagai ikhtiar untuk syifa’ dan penerang hati anak cucu mereka yang masih belajar. Terdapat juga mereka yang menulisnya di tapak tangan pesakit dan seterusnya ayat-ayat berkenaan dijilat oleh pesakit sebagai satu kaedah dalam rawatan Annusyrah.

Annusyrah atau kaedah rawatan pinggan putih ini turut juga digunakan untuk rawatan penyakit batin yang disebabkan oleh gangguan makhluk halus seperti jin dan syaitan.serta penyakit zahir yang boleh dikesan dan dilihat dengan mata kasar seperti barah, stroke / lumpuh, kencing manis, darah tinggi serta seribu satu macam penyakit lagi. Namun sayangnya kaedah ini dianggap kurang popular kerana masyarakat beranggapan perubatan kaedah ini kurang saintifik kerana tidak dibuat menerusi ujian makmal. Suka diingatkan bahawa rawatan Annusyrah sebenarnya berkaitan dengan iman seseorang iaitu kepercayaan kita kepada Al-Quran dan kuasa Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit. Malah Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran.

Rawatan ini bukan semata-mata untuk orang Muslim tetapi juga mereka yang beragama lain malah untuk semua makhluk Allah seperti tumbuh-tumbuhan serta juga haiwan. Ini kerana rawatan Annusyrah berkaitan penyembohan menerusi keberkatan Ayat-ayat Al-Quran memandangkan Al-Quran itu sendiri adalah Rahmat kepada sekalian alam.

Antara ayat-ayat penyemboh yang digunakan oleh Annusyrah untuk tujuan ini ialah ayat Al-Kursi, Surah Ar Rahman, Surah Al Najmi untuk Penerang Hati atau Surah Yusof, Surah Qaf dan Surah Annur untuk sakit-sakit berkaitan mata, telinga dan hidung atau Surah Yasin untuk semua masalah / penyakit berkaitan zahir dan batin.

Kaedah Annusyrah yang digunakan oleh syarikat ini ialah dengan menulis ayat-ayat penyemboh daripada Al-Quran di atas pinggan putih menggunakan dakwat bunga Za’faran dan juga ranting kayu rosam. Setelah penulisan ayat-ayat dari surah-surah terpilih dilakukan tulisan berkenaan dilarutkan dengan air R.O yang dihasilkan sendiri di kilang Annusyrah. Air berkenaan kemudiannya ditilawahkan semula mengikut banyaknya bilangan surah@ ayat-ayat yang telah ditulis. Sebelum dibotolkan menjadi produk siap sekali lagi air berkenaan ditilawahkan pula dengan Surah Yasin sebanyak 40 kali sebelum dilengkapi dengan doa @ munajat kepada Allah SWT agar Allah SWT memakbulkan hajat atau kehendak setiap orang yang meminum air Annusyrah.

Selain itu dari masa ke semasa kesemua tangki-tangki air produk Annusyrah yang sudah siap sedia untuk dibotolkan ditilawah pula dengan 30 juzuk Al-Quran lengkap dengan doa khatam Al-Quran secara berjemaah diketuai oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Radzi bin Kamarul Hailan, johan Qari tilawah Al-Quran sebanyak dua kali bagi peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa. Beliau juga merupakan Imam Masjid Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Selepas proses tersebut air berkenaan dibotolkan untuk diedarkan kepada para pengedar yang berdaftar di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan orangramai kesemua proses penghasilan air ini dilakukan di bawah satu bumbung dengan pemantauan dan pengawasan secara langsung oleh Tuan Haji Abdullah dengan dibantu oleh pegawai-pegawai yang telah dipertanggungjawabkan.

Pada awalnya menurut Tuan Haji Abdullah, beliau hanya menghasilkan air Annusyrah ini bagi tujuan mencari dana menggerakkan aktiviti pembelajaran Bahasa Arab namun tanpa disangka-sangka ianya mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat yang memang memerlukannya.

Ditanya mengenai khasiat air Annusyrah, Tuan Haji Abdullah menjelaskan bahawa dalam apa sahaja ikhtiar yang kita lakukan yang paling utama ialah doa kepada Allah SWT. Mohonlah, mintalah dengan sesungguh dan sepenuh hati serta yakin Allah mendengar dan akan memakbulkan doa kita sebagai hambanya. Setiap hari perkemaskan doa dan hajat kita kepada Allah SWT sebelum menggunakan (samada meminum, mandi dan lain-lain) air Annusyrah. Fikirkan bahawa kalau orang lain beroleh kesembohan dengan meminum air ini mengapa tidak kita? Fokuskan hanya benda-benda yang baik dan positif dalam minda kita dan sentiasa berbaik sangkalah kita dengan Allah SWT.

Tambah Tuan Haji Abdullah lagi apa yang cuba dihasilkan oleh Annusyrah ialah rangkaian produk yang benar-benar mempunyai kualiti untuk dipersembahkan kepada masyarakat. Oleh yang demikian sikap ragu-ragu @ syak wasangka tidak perlu wujud dalam diri orangramai kerana Annusyrah bukan setakat menghasilkan produk yang berkualiti tetapi sedang berusaha untuk membina jenamanya sendiri. Suatu hari nanti apa sahaja yang dihasilkan oleh Annusyrah atau berjenama ANNUSYRAH berada dalam kelasnya yang tersendiri setanding malah lebih baik daripada produk berjenama luar negara.

Suka diingatkan bahawa rawatan Annusyrah sebenarnya berkaitan dengan iman seseorang iaitu kepercayaan kita kepada Al-Quran dan kuasa Allah SWT untuk menyembohkan penyakit. ”Dan sekiranya aku sakit Dialah yang menyembohkan aku” – surah As Syuara’ ayat 80. Malah Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda bahawa sebaik-baik ubat itu adalah Al-Quran.

Kaedah Annusyrah yang digunakan oleh syarikat ini ialah dengan menulis ayat-ayat penyemboh daripada Al-Quran di atas pinggan putih (berdasarkan kajian puluhan tahun) menggunakan dakwat bunga Za’faran dan ranting kayu rosam sebagai penanya. Setelah penulisan ayat-ayat dari surah-surah terpilih dilakukan tulisan berkenaan dilarutkan pula dengan air R.O yang dihasilkan sendiri di kilang Annusyrah. Air berkenaan kemudiannya ditilawahkan semula mengikut banyaknya bilangan surah @ ayat-ayat yang telah ditulis. Sebelum dibotolkan menjadi produk siap, sekali lagi air berkenaan ditilawahkan pula dengan Surah Yasin sebanyak beberapa kali sebelum dilengkapi dengan doa @ munajat kepada Allah SWT agar Allah SWT memakbulkan hajat atau kehendak setiap orang yang meminum air Annusyrah.

Beliau berazam untuk terus menyalurkan air Annusyrah kepada masyarakat agar tercapai hasratnya untuk mentakzimkan Al-Quran seperti yang dicita-citakannya, insyaAllah. Suara-suara sumbang segelintir masyarakat diketepikan kerana ianya sudah dianggap lumrah bagi mereka yang mahu berjuang dijalan Allah. Dalam menangani hal sedemikian beliau tetap berpegang kepada ilmu dan makrifat serta tesis dan kajian dengan tidak meninggalkan muzakarah dan rujukan dengan ahlazzikri seperti Mufti dan sebagainya. Segala-galanya dilakukan demi memenuhi tanggungjawabnya sebagai Khalifah di mukabumi ini. Semoga apa yang dilakukan ini dikira sebagai amal ibadat. Amin Ya Rabbal alamin.

Antara 5 tujuan utama Tuan Haji Abdullah mengenengahkan kaedah rawatan ini ialah :

    • mentakzimkan Al-Quran dari aspek syifa’
    • meringankan kos perubatan masyarakat
    • menyumbang ke arah penyelesaian masalah hidup
    • berusaha ke arah membangunkan kelas-kelas bahasa Arab
    • mewujudkan Yayasan Al-Quran, insyaAllah.

Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kaedah rawatan Annusyrah ataupun berhasrat menjadi pengedar maka bolehlah menghubungi

Annusyrah Malaysia Sdn. Bhd. :05 - 5331 785 / 05- 5335 785 / 05- 5331 786 / 05- 5335 786 atau talian hotline

019-5741 786.

Kaedah Penggunaan

KAEDAH PENGGUNAAN
(Zaba @ Bistari @ A-Mar @ Arbee @ Maedah @ I-Drop @ Hawa @ 30JQ)
BOLEH DICAMPURKAN SEMUA SEKALI PRODUK-PRODUK INI
DALAM SATU CAMPURAN ATAU BEKAS (JIKA PERLU)

MINUM

Minum sebanyak mungkin dalam sehari. Semasa minum bayangkan air berkenaan masuk ke dalam saluran darah kita dan sebagainya dan menendang keluar semua kuman, bendasing dan sebagainya melalui proses perpeluhan, buang air kecil dan buang air besar.


Air Annusyrah boleh dikongsi penggunaannya. Contohnya; nasi, gulai, kuih yang dimasak menggunakan Air Annusyrah boleh dinikmati bersama seisi keluarga.

MANDI
Mandi sekurang-kurangnya sekali sehari pada waktu petang sebelum Maghrib ATAU sebelum azan

    Masukkan air Annusyrah ke dalam gayung mandian yang terakhir dan jirus air berkenaan di atas kepala dan pastikan air rata ke seluruh badan

    (Selepas mandi, badan tak perlu dilap. Biarkan air berkenaan kering di badan)

NIAT
(Sebelum Menggunakan Air Annusyrah ;
Kaedahnya sama sahaja seperti Sebelum Minum, Mandi, Merenjis atau Sebelum Mencampurkan Ke Dalam Makanan, Minuman & Sebagainya)

1. Baca Al-Fatihah (1 x)
2. Selawat Nabi SAW (3 x)
3. Lafazkan niat atau hajat secara jelas dan penuh pengharapan
4. Yakinkan 100% hajat dimakbulkan dengan membayangkan bahawa kita sudah sihat seperti mana yang diharapkan atau gambarkan sebarang hajat dan keadaan seperti yang diinginkan.


SEMUA PRODUK ANNUSYRAH MESTI DIGUNAKAN SELAMA 7 HARI BERTURUT-TURUT (DICAMPUR DALAM MAKANAN, MINUMAN, DIRENJIS PADA PAKAIAN, RUMAH DAN DIBUAT MANDIAN)

PERHATIAN :
Bagi anak-anak atau orang tua yang uzur yang tidak mampu melakukannya sendiri orang dewasa yang sihat boleh tolong memandikan mereka dengan niat kepada Allah SWT untuk menyembuhkan penyakit mereka (anak2 atau ibubapa yang uzur @ tidak sihat)

KADAR PENGGUNAAN AIR PRODUK ANNUSYRAH

Minum sebanyak yang boleh dalam 1 hari selama 7 hari berturut-turut seolah-olah air Annusyrah sahaja yang berada dalam urat saraf badan kita. Selain diminum hendaklah digunakan untuk dicampurkan dalam makanan, minuman, disapu, direnjis pada pakaian, tempat tidur, dalam rumah, keliling rumah dan sebagainya. (Renjisan mengikut ‘arah lawan jarum jam’ atau seperti ‘tawaf di Kaabah’). Kalau tidak mampu menggunakan air Annusyrah sahaja 100% - maka bolehlah dibanyakkan dengan mencampurkan dengan air biasa.

Kadar menggunakan produk ‘Drop’ (50ml & 10ml) sekurang-kurangnya 21 titis bagi sekali penggunaan (bagi 1 cawan, 1 gelas, 1 jag dan seterusnya) atau boleh dipicit terus dari botol – Contohnya 1 hingga 3 kali picitan. Dan kadar penggunaan produk ’I-Drop’ (10ml) - dititiskan 1 atau 2 titis di dalam mata. Kadar kuantiti air yang hendak dicampur dengan produk Annusyrah terpulanglah kepada keyakinan dan kemampuan sendiri. Perlu diingat bahawa yang menyembuhkan penyakit dan sebagainya ialah Allah s.w.t. Kita cuma berikhtiar dan bertawakkal dengan penuh keimanan. Wallahua’alam.

KAEDAH MENCAMPURKAN PRODUK

Air Annusyrah hendaklah dituang (bagi produk 500ml) atau dititiskan (bagi produk 50ml) ke dalam air biasa yang telah disediakan samada dalam gelas, jag dan sebagainya – yakni air Annusyrah menimpa BUKANNYA ditimpa. (Air Annusyrah dianggap lebih mulia – oleh itu dari segi adab perlulah ianya di lapisan atas.)

Kekerapan penggunaan dalam sehari – bergantung kepada pengguna. Tidak ada kesan sampingan kerana tiada sebarang bahan kimia dimasukkan ke dalam Air Annusyrah. Air Annusyrah boleh diminum oleh sesiapa sahaja (tanpa mengira umur) samada yang sakit ataupun sihat.

Air Annusyrah juga sesuai diamalkan bagi mereka yang sihat untuk tujuan perlindungan awal bagi mengelakkan gangguan makhluk halus dan sebagainya.

Testimoni Produk

Gatal-gatal kulit

Negeri:Kepong,Kuala Lumpur. Anak saudara saya, mengalami sakit gatal-gatal di kulit.Sudah banyak ubat moden dan tradisional telah diiktiarkan tidak juga berhasil.Setelah disapu dengan Minyak Annusyrah (Minyak Habbatussauda),Alhamdulillah gatal-gatal tersebut hilang malah penyakit kulit sudah tiada lagi sehingga sekarang.

Arif Asmawi B. Yaacob - 019-3149106

Budak nakal (30 JQ)

Negeri:Skudai,Johor. Saya mengajar mengaji seramai 20 orang anak murid.Dikalangan mereka,ada yang mendengar kata, namun ada juga yang nakal.Terfikir di benak apa yang harus saya lakukan supaya anak2 ini mendengar kata dan dapat mengikuti apa yang saya ajari.Lantas saya terfikir mengenai produk Annusyrah yang dijual oleh kawan saya,lalu saya menggunakan produk tersebut (produk 30JQ) dan diberi minum kepada anak murid saya.Keesokkan harinya, Alhamdulillah mereka tidak nakal lagi serta mendengar kata-kata saya.

Ust. Hamezah Bin Husin - 019-7502072

Demam Chinkungunnya

Negeri:Skudai,Johor. Saya seorang guru di Skudai, Johor. Emak saya kena penyakit demam chikungunnya baru-baru ini (bulan 11/2008). Malamnya saya berikan beliau produk 30JQ dan Angin ahmar (setelah disyorkan oleh kawan saya Ustaz Hamezah. Beliau minum dan mandi air tersebut selama 2 hari. Saya terkejut, selepas itu beliau sudah boleh bangun dan beritahu saya bahawa dia sudah sihat. syukur Alhamdulillah.

Ust. Hamezah Bin Husin - 019-7502072

Sakit kepala berterusan (selama 20 tahun).

Negeri:Selangor. Masalah sakit kepala yang teramat sangat apabila ianya menyerang. Puas berubat cara moden dan tradisional seeprti bekam, urut. Mac 2008 dengar pasal Annusyrah di radio IKIM – mula berikhtiar dengan Annusyrah. Alhamdulillah penyakit semboh dan mula boleh keluar rumah sejak dari itu.

Tuan Hj. Marali Kadri - 05-5330785

Barah Kelenjar Pangkal Rahim

Negeri:Alor Star,Kedah Doktor di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Star sahkan kak terkena barah kelenjar pangkal rahim dan perlu dibedah. Dalam tempoh 10 hari sebelum dibedah kak mengamalkan minum air Annusyrah (Bistari & Zaba). Semasa minum malah hampir setiap masa kak bayangkan 5 biji ketulan yang ada dipangkal rahim kak itu pecah dan hancur. Tiba masanya kak dibedah doktor sahkan tidak ada ketulan. Selepas buat lawatan susulan berkaitan pembedahan tersebut pada 14hb April 2008 doktor sahkan kak sebenarnya tidak mengidap barah – syukur Alhamdulillah. Pada masa yang sama kak juga ada masalah lain iaitu kak mengalami masalah pendarahan. Masalah turun darah ni dah hampir 3 bulan kak alami. Doktor minta maaf tak dapat tolong, suruh kak ikhtiar cari alternatif lain sebab tiada ubat di hospital untuk hentikan pendarahan kak. Namun Alhamdulillah selepas kak mengamalkan minum air Annusyrah pada sebelah pagi, keesokannya masalah pendarahan kak terus hilang. Tiada lagi darah turun. Kini kak giat memberi sokongan moral kepada mereka yang bermasalah serta penyakit kritikal untuk berikhtiar berubat dengan air keberkatan Al-Quran iaitu air Annusyrah.

Pn. Sabariah Hj. Hamid - 0

Paru-paru berair

Suami saya mengidap penyakit paru-paru berair dan perlu dibedah tetapi kata doktor peluang untuk berjaya dalam pembedahan hanya 50-50 sahaja.Kawan saya, mengesyorkan supaya menggunakan produk Annusyarah ( maedah ) lalu saya membelinya dan diberi minum kepada suami saya.Alhamdulillah setelah pergi "scan" semula doktor memaklumkan tak perlu dibedah lagi kerana paru-paru yang berair itu, telahpun kering dan sudah pulih seperti biasa.Sehingga kini, saya masih mengamalkannya.

Pn. Hamidah - Melaka

12-4175530



Angin Ahmar

Selepas minum produk Annusyrah(Ahmar, Arbee & bistari)saya pengsan lebih kurang 5 minit.Selepas dititiskan I-Drop ke dalam mulut, saya mulai sedar dari pengsan.Tangan saya, mengeletar & mulut mengeluarkan buih.Selepas kejadian itu, saya terus mengamalkan produk ini & memperolehi ketenagan rohani & jasmani.Malah banyak perkara berlaku tanpa diduga.

Wan Hussin Awang - Peng.Chepa_kelantan[

Masalah _tikus

Hanya menggunakan Zaba direnjis dibahagian dapur rumah iaitu disekitar dinding dapur rumah.Keesokkan paginya, saya tercium bau busuk seperti bangkai.Apabila saya, masuk ke ruangan dapur, saya melihat beberapa tikus telah mati.Saya bersyukur alhamdulillah, sejak hari itu, masalah tikus tidak lagi menghantui fikiran saya sekeluarga.Saya mengesyorkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah tikus atau mahluk perosak supaya beikhtiar dengan produk Annusyrah, Mudah mudahan masalah kita akan selesai.Insya-Allah

Encik Amir Ismail - Miri_Sarawak

Gangguan makhluk halus ( hasad dengki )

Alhamdulillah setelah saya menggunakan produk drpd outlet di Kampung Baru,Kuala Lumpur saya terus berikhtiar menggunakan produk Annusyrah.Sebelum ini,sudah banyak tempat pergi berubat namun hasad dengki org terhadap diri saya & keluarga tetap tidak berhenti.Setelah saya mengamalkan minum,merenjis & mandi selama 7 hari berturut-turut dengan penggunaan produk Zaba shj,alhamdulillah fikiran saya mulai tenang,lapang dan cukup tenteram.Kini saya terus mengguanakan produk Annusyrah bukan setakat Zaba tapi juga lain-lain produk seperti I-Drop & 30 JQ.

Cik Nor - Lembah Klang_Selango

Tekanan_Jiwa

Dalam mengamalkan air Annusyrah berbagai-bagai ujian yang menimpa.Demam,sakit sendi,lenguh,lumpuh & tekanan jiwa.Ianya datang secara tiba-tiba dalam masa ang singkat.Selepas sapu & minum selama seminggu saya bermimpi sekumpulan babi mengepung diri saya lalu saya melarikan diri.Malam berikutnya saya bermimpi lagi, sekumpulan anjing pula mengejar & mengepung saya sehingga badan menjadi letih & lesu selepas itu saya terjaga dari mimpi.Selepas semua ini terjadi penyakit dalam diri saya telah beransur baik & pulih seperti biasa.

Azizah Binti Abd Rahman - Peng. Chepa_Kelantan

Selasa, 28 April 2009

[VISI & MISI][PENGIKTIRAFAN]

•ANNUSYRAH MALAYSIA SDN. BHD. ingin menghulurkan tanda terima kasih dan penghargaan kerana berpeluang untuk memperkenalkan syarikat ini untuk rujukan dan perhatian pihak tuan/puan.

•Syarikat ini adalah sebuah perniagaan Sendirian Berhad yang menjalankan perniagaan menghasilkan air annusyrah dan menghasilkan air minuman botani kuma bagi membantu masyarakat yang menghadapi masalah kesihatan dari segi jasmani dan rohani.

ANNUSYRAH bermaksud menulis kalimah-kalimah Al-Quran di atas pinggan putih kemudian dicairkan kalimah tersebut di dalam Air Zam Zam lalu dijadikan ubat. Penanya dibuat daripada ranting kayu pokok paku pakis diraut rapi, manakala dakwatnya diperbuat daripada filamen Saffron / Za’faran (Kuma Kuma ). Za’faran ialah tumbuhan herba dan hidup subur di negara Iran.Herba ini boleh diminum bagi dijadikan penawar pelbagai jenis penyakit.

Pinggan Putih

Bunga Zafaran

Kitab Suci Al-Quran

•KITAB SUCI AL-QUR'AN terkandung di dalamnya rahsia bagi segala rahsia, hikmat bagi segala hikmat, penawar bagi segala penawar sebagaimana disebutkan di dalam surah al-Israk ayat 82 yang bermaksud: "... dan kami turunkan al-Qur'an itu sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi mereka yang beriman".

•Ringkasnya idea perniagaan ini wujud untuk menambahkan lebih ramai penglibatan usahawan bumiputera di dalam bidang perubatan berteraskan Al-Quran dan disamping menyahut seruan Kerajaan yang mahukan usahawan bumiputera mampu berdiri, bersaing dan boleh menyumbangkan kepada pembangunan ekonomi negara dan dapat berkhidmat kepada masyarakat, bangsa dan agama. Syarikat ini diketuai oleh Tuan Hj. Abdullah Bin Mohd Yusof dan Puan Khalipah Binti Mohd Rasidi.

•Kami di ANNUSYRAH MALAYSIA SDN. BHD. akan meneruskan usaha memperkembangkan perniagaan ini di samping memastikan komitmen dan dedikasi yang terbaik terhadap produk serta perkhidmatan kepada pelanggan.

•Kejayaan perniagaan ANNUSYARAH MALAYSIA SDN. BHD. berkisar kepada formula yang mudah iaitu:
•Tinjauan umum pada masa kini mendapati terdapat beribu-ribu orang yang menghadapi masalah kesihatan daripada segi rohani dan jasmani.Pertambahan masyarakat yang menghadapi masalah kesihatan bertambah pada setia masa. Oleh yang demikian ANNUSYRAH MALAYSIA SDN BHD ingin membantu masyarakat dalam memulihkan pelbagai jenis penyakit dengan menghasilkan produk-produk BERSUMBERKAN AL-QURAN

PRODUK & KEGUNAAN

ZABA (Zahir Batin)
(500 ml & 50 ml)-
Sebagai ikhtiar untuk:
- Mengelakkan daripada gangguan makhluk halus
- Sihir, santau, saka, hasad dengki dan irihati Sakit kepala @ migrain, sakit gigi, bengkak gusi
- Demam dan demam dengi (berdarah) , luka, jangkitan kuman

BISTARI (Penerang Hati)
(500 ml & 50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
- Kecerdasan minda anak anak, membantu peningkatan daya ingatan, hafalan,
- Anak-anak malas ke sekolah, malas bangun pagi, malas solat, malas siapkan kerja rumah,
- Degil, nakal yang keterlaluan (gunakan bersama Zaba)
- Lari dari rumah, suka melepak, merempit, bohsia, bohjan (guna bersama Zaba)

ARBEE (Rawatan Barah)
(500 ml & 50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
- Penyakit berkaitan barah, bengkak-bengkak,bisul,jerawat, penyakit kulit, gatal-gatal, fibroid

MAEDAH (Ikhtiar Organ Dalaman)
(50 ml sahaja)
Sebagai ikhtiar untuk:
- Semua penyakit berkaitan organ dalaman seperti bengkak hati, injap tersumbat, asma, lelah, semput, gastrik, sembelit, buasir serta ulser perut
- Cepat penat, dada berdebar-debar, fibroid, sakit jantung, lemah jantung, jantung berlubang, paru- paru berair, sakit buah pinggang, batu karang, penyakit usus

I-DROP (Ikhtiar untuk mata dll. – Dulu dikenali Sebagai Lil-Uyun)
(10 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
- Semua masalah berkaitan mata, hidung, telinga, tekak, sakit perut, demam & demam denggi (berdarah)
- Kanak-kanak menangis malam, sukar tidur malam, mengantuk dalam kelas

HAWA (Untuk Muslimat)
(50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
- Semua masalah wanita, Masalah hormon tidak seimbang (guna bersama Zaba)
- Mengandung, bersalin, dalam pantang, gila meroyan, keguguran, ikhtiar mendapatkan zuriat, kandungan songsang, sebagai selusoh, rahim jatuh, menopous

30JQ (30 Juzuk Al-Quran)
(50 ml)
(Diperkuat dengan MAEDAH, ZABA serta ARBEE)
Sebagai ikhtiar untuk:
- Semua jenis penyakit
- Saka, penyakit barah, bisul, masalah jerawat, kulit dll.
- Memagar rumah dari kegiatan pecah rumah, samun, pukau dan lain2
- Semua jenis penyakit berkaitan organ dalaman, gangguan makhluk halus, sihir, santau,
NOTA : Ikhtiar untuk pagar rumah - masukkan 21 titis atau lebih 30JQ ke dalam 4 botol kecil (ataupun boleh dicampurkanbersama sedikit air) dan tanam pada 4 penjuru kawasan rumah

A-MAR (Angin Ahmar)
(500 ml & 50 ml)
Sebagai ikhtiar untuk:
- Semua penyakit yang berkaitan darah, kulit, tulang dan otot @ sendi seperti darah tinggi,
kencing manis, lumpuh (guna bersama Zaba – jika perlu guna bersama Arbee)
- Lengoh-lengoh sendi, sakit kulit @ gatal2 kulit/panau @ kurap
- Melancarkan perjalanan darah haid, haid datang tidak menentu, angin medu

Air Syaafin 200ml
enlarge...

Air Syaafin 200ml

(1 vote(s))

add to cart
Price: RM1.90
Product code: Air Syaafin 200ml

In stock: yes


Berperanan seperti "Drinking Water". Khusus untuk demam.Berfungsi untuk menyejukkan badan.

Air Tilawah 1500ml
enlarge...

Air Tilawah 1500ml

(5 vote(s))

add to cart
Price: RM10.00
Product code: Air tilawah 1500ml

In stock: yes


Ditilawahkan dengan 30 juzuk Al-Quran dan ditambah doa khatam Al-Quran,doa-doa mustajab tahlil dan selawat-selawat Nabi S.A.W.Dikenali dengan Air Tilawah 100%.100% air R.O yang telah ditilawahkan.Ditilawahkan secara berjemaah diketuai oleh Al-Fadhil Ustat Haji Radzi Kamarul Hailan.*(Johan Tilawah peringkat Kebangsaan dan Antarabangsa sebanyak 2 kali.Beliau juga merupakn Imam Masjid Sultan Azlan Shah,Ipoh Perak).

Air Minuman 500ml
enlarge...

Air Minuman 500ml

(5 vote(s))

add to cart
Price: RM1.50
Product code: Air Minuman 500ml

In stock: yes


Dengan keberkatan 30 Jizuk Al-Quran,Insya'Allah dan ditambah dengan doa Al-Quran.Ditilawahkan secara berjemaah diketui oleh Al-Fadhil Ustaz Radzi Kamarul Hailan(Guru Tahfiz).Johan Tilawah peringkat Kebangsaan dan Antarbangsa

Serai wangi 1000ml
enlarge...

Serai wangi 1000ml

(5 vote(s))

add to cart
Price: RM14.00
Product code: Serai Wangi 1000ml

In stock: yes


Di doa serta diAnnusyrahkan sebagai ikhtiar mengelakka gangguan daripada serangga dan binatang buas.Turut mengandungi ayat-ayat mengenai binatang buas.Khusus untuk manghalau binatang :-semut,lalat,tikus,cicak,dll. Untuk mengelakkan juga daripada serangan perosak tanam-tanaman, Insya'Allah.

http://www.gallery.annusyrahmalaysia.com/Albums/Album3/Large/100_2380.jpg